Layak kah Mahasiswa menyimpan emas?
By NanyFadhly Saturday, July 13, 2024 Emas, Public GoldIdea untuk menulis tajuk ini tercetus selepas saya berjumpa dengan seorang sahabat pagi tadi dan sahabat saya itu, anaknya sudah pun ada yang berada di universiti. Jadi, topik tentang membesarkan anak, mendidik tentang hal kewangan dan perlunya menyimpan atau menabung dari awal menjadi isu perbincangan kami bersama.
Ketika saya menuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda di UM sekitar tahun 2001-2003/3004. Saya membuat pinjaman dengan PTPTN. Dengan duit itu lah saya meneruskan kehidupan di sana. Memandangkan saya bukan berasal dari keluarga yang senang, dan saya masih ada lagi 3 orang adik di bawah. Maka saya perlu pandai-pandai sendiri menguruskan kewangan , walaupun saya langsung tak ada ilmu dalam menguruskan kewangan pada masa tersebut.
Segala-galanya perlu dicatu termasuklan kad prepaid telefon bimbit yang digunakan , iaitu NOKIA-3310. Duit kredit pun hanya ditambah apabila hampir tamat tempoh nya sahaja. Ini pun sebab nak mengelakkan nombor tersebut tidak boleh dipakai lagi. Mesej masih boleh, missed call pun boleh lagi dengan syarat tinggalkan beberapa sen sebagai baki. Sekali tambah dekat RM100. Mahal sangat rasanya masa tu. Jadi, memang berbulan-bulan lah saya tidak menambah sebarang kredit ke dalam no. telefon tersebut.
Dengan duit yang ada, saya tidak mampu untuk membuat sebarang simpanan kerana perjuangan saya ketika itu adalah , yang pertama untuk tidak lapar dan yang kedua untuk memastikan sewa rumah bulanan dibayar. Saya hanya mula membuat simpanan selepas mula bekerja dan itupun simpanan saya tanpa ilmu. Sejujurnya, lain sungguh apabila kita melakukan sesuatu perkara tersebut bukan sahaja dengan ilmu tetapi perlukan ilmu yang betul.
Berbalik kepada tajuk "Layakkah Mahasiswa Menyimpan Emas"? jawapannya bergantung kepada kapasiti seseorang Mahasiswa tersebut. Kalau contoh yang diberikan seperti saya. Mungkin sukar dan tidak layak pun. Kecuali, ada kemahiran lain dan sanggup untuk mencari masa menambah pendapatan.
Tetapi sekiranya ada Mahasiswa yang mendapat biasiswa daripada mana-mana syarikat ataupun badan korporat. Kemungkinan, anda layak untuk menyimpan ataupun menabung emas. Hatta, sekiranya bukan emas pun. Mungkin boleh dipertimbangakan untuk menyimpan ataupun melabur di mana-mana tempat yang diiktiraf, patuh syariah dan paling penting, FAHAM apa yang berlaku.
Apapun, rancang dahulu kewangan yang dapat setiap semester. Sekiranya yuran pengajian dan penginapan di kolej sudah dibiayai kerana mendapat tajaan penuh. Syukur Alhamdulillah... Langkah seterusnya, fikir apa nak buat dengan duit poket yang dapat setiap bulan.
Seorang mahasiswa masih tiada apa-apa tanggungan ataupun komitmen peribadi. Tak perlu bayar sewa rumah, bil elektrik, bil air, cukai pintu dan apa-apa lagi yang kebiasaannya perlu dibayar oleh seorang dewasa yang sudah berkeluarga ataupun mempunyai tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain.
Jom kita buat pengiraan mudah. Di kiosk Fakulti Sains UM, sarapan pagi nasi lemak biasa dalam RM2.50, makan tengah hari pula nasi ayam dalam RM6, makan malam mungkin dalam RM7 juga. Bergantung di mana dan apa yang dimakan. Jadi jumlah keseluruhan adalah dalam RM15 - RM20 la sehari. Sebulan dalam RM600 untuk makan dan minum.
Andai kata, dapat duit poket RM800 sebulan, jadi ada lah lebih dalam RM200. Tetapi, mungkin ada perkakas atau keperluan peribadi yang perlu dibeli. Jadi, mungkin mampu ketepikan RM50-RM100 sahaja.
Macam sikit kan? Tak apa!
Sebab sekurang-kurangnya, dah ada kesedaran dan perancangan untuk menabung pada usia muda. Jadi, kalau tak dapat konsisten RM100 sebulan. Boleh jer kumpul sikit-sikit sampai sekurang-kurangnya RM100 untuk simpan di tabung emas Public Gold. Konsepnya, berjimat untuk menabung susah, tak fikir langsung pun susah. Jadi, bijaklah dalam memilih kesusahan ini.
Dengan menyimpan emas, duit tersebut akan kekal nilai nya kerana sifat emas itu sendiri yang kalis inflasi. Sekiranya suatu hari nanti, nak keluarkan emas fizikal pun boleh jer melalui akaun GAP ( Gold Accumulation Program) Kalau nak keluarkan duit dalam bentuk tunai pun tiada masalah. Tapi dengan syarat semua dokumen penting sudah dimasukkan ke dalam sistem seperti Mykad dan muka depan akaun bank simpanan.
Selain tabung emas, boleh juga alihkan lebihan duit tersebut ke dalam akaun pelaburan lain seperti ASNB ( hukumnya HARUS ) ataupun Tabung Haji. Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa untuk klik link di bawah jika berminat untuk mula menabung emas.
Customer Registration (publicgold.com.my)
Ada emas pasti ada duit!